leave your comment(s) and click my nuffnang ads

20 February 2013

aku sebagai doktor -.-


assalamualaikum wbt.

budak comel ;)

disember 2008 (tarikh tak ingat)

hari ni masuk 3 hari dah aku dan kakak aku bermalam di hospital. hurm, sebab kami telah 'dipertanggungjawabkan' untuk jaga nenek (tok we) aku yang diwadkan. bagi aku bestnya kalau satu hari nanti aku dapat kerja kat sini. haha. mungkin sebagai seorang doktor! aku suka sangat dengan bau ubat dan juga, kot putih doktor!!

nenek aku ditempatkan bersama-sama 3 orang lagi pesakit dalam sebuah kubikel. depan katil nenek aku, ada seorang makcik, chinese. salah satu daripada kakinya terpaksa dipotong akibat kencing manis a.k.a diabetes. sebelah nenek aku pulak, ada seorang kakak (masih muda) yang kakinya juga luka teruk akibat accident. tiap-tiap hari, nurse datang bersihkan luka kaki dia tu. depan katil kakak ni, mak dia. tapi, mak dia tak teruk sangat lukanya. mereka berdua ni asal besut. punya la jauh kut besut dengan HUSM kubang kerian ni. tapi, menurut mereka, HUSM ni lebih dekat berbanding mana-mana hospital kat kuala terengganu tu. 

kadang-kadang, kakak yang duduk sebelah katil nenek aku panggil aku. dia nak minta tolong sapukan ubat kat lengan dia. ada jugak beberapa kali aku dipanggil sebab dia nak aku tolong tuangkan ubat untuk dia. manakala, makcik chinese kat depan tu pulak, ada jugak beberapa kali minta tolong aku bancuhkan milo untuk dia. mula-mula, susah nak paham apa yang dia sebut sebab dia agak pelat. tapi, kakak aku lah yang tolong translatekan untuk aku. hehe.

tiap-tiap pagi, ada doktor yang akan melawat pesakit-pesakitnya. tapi, selalunya, bila ada doktor yang datang check keadaan nenek aku, aku dan kakak pasti mencari alasan untuk keluar dari wad. hihi. malu sebab ramai jugak doktor pelatih yang ikut serta memeriksa keadaan nenek aku. ada la dalam 2-3 orang doktor pelatih.

tapi, dalam malu-malu kucing aku pun, aku pernah la jugak meng'usha' sorang doktor ni yang mungkin in charge untuk makcik chinese depan tu kut. err, usha? tak la. doktor ni dah masuk kategori pakcik-pakcik. aku selalu perhatikan cara dia layan makcik chinese tu. aku tengok, dia pun macam susah nak paham apa yang makcik tu cakap. tapi, dia sabar. mungkin dia terperasan la kut bahawa aku selalu je perhatikan cara dia buat kerja. dia tanya aku, "tingkatan berapa?". aku jawab, "tingkatan satu". masa tu aku baru je tingkatan satu. "nak jadi doktor ek?", dia tanya sambil tangannya duk check tekanan darah makcik tu kut, entah. "err.." hehe. aku jawab sambil tersengih.

akhirnya, nenek aku dah dapat kebenaran untuk keluar hospital. di rumah, umi aku sibuk duk cerita pasal 'jiran-jiran' nenek aku kat wad tu. rupa-rupanya, kakak yang di sebelah katil nenek aku tu ada kirimkan ucapan terima kasih untuk kami. hihi. sebenarnya, aku dan kakak aku, malu nak berbual dengan orang kat sekeliling tu. tapi, kami ringan je untuk menghulurkan bantuan ;) sebab tu la, dia kirimkan melalui umi aku. lagipun, umi aku tu, bila sampai turn dia untuk teman nenek aku, huisyh, sakan dia berbual dengan orang lain. hurm, harapkan aku dan kakak aku, senyap je la. malu!

tapi, yang terkesan di hati aku adalah masa aku duk perhatikan doktor tu. sampai sekarang aku ingat layanan baik dia terhadap makcik tu. err, tapi, semua doktor pun bagi layanan baik kepada para pesakitnya,  kan? 

2010 (lepas PMR)

aku telah pun menanam cita-citaku untuk jadi seorang doktor. lalu, aku pilih untuk masuk ke aliran sains.

2011(tingkatan empat)

tawaran MRSM aku tolak. err, manja sangat nak berpisah dengan family kut? lagipun, jauh la. kuantan!tak sanggup. hihi. tapi, aku terpikir, boleh ke aku nak capai cita-cita aku untuk jadi doktor dengan hanya belajar di sekolah harian biasa ni? kalau mrsm, tentulah peluang lebih cerah.

dan masa aku duk serabut nak buat keputusan tu, aku pikir. belajar mana-mana pun, tak semestinya kita gagal untuk dapat kejayaan. kalau masuk sekolah bagus tapi pemalas, habuk pun tarak la. lagipun, ada je senior-senior aku di sekolah harian biasa ni yang dapat menyambung pelajaran dalam ijazah perubatan.

2012 (sebelum SPM)

menanam azam untuk dapat A+ untuk subjek biologi dalam SPM nanti.

2012 (beberapa bulan sebelum SPM)

minat dah beralih arah ke bidang farmasi. tapi, masih konfius! akhirnya, aku ambik keputusan, hentam je la. asal dapat cemerlang dalam semua matapelajaran!

2013(selepas SPM)

tak yakin dengan apa yang telah aku jawab dalam SPM, dan apa yang telah aku usahakan sepanjang 2 tahun di menengah atas. dan, umi aku pun ada tanya, sanggup ke aku jadi doktor ni? bekerja sebagai doktor perubatan amat meletihkan. *berdasarkan apa yang aku lihat pada mak saudara aku yang bekerja sebagai doktor. 

tawakkal kepada Allah SWT. sesungguhnya, Dia lah yang Maha Berkuasa.

kalau aku tak dapat keputusan yang cemerlang atau dengan kata lain, cukup-cukup makan je, aku dah ada Plan B. 
plan A : dapat asasi farmasi atau perubatan di UIA atau mungkin asasi sains pertanian UPM. sekiranya dapat asasi sains pertanian, aku bercadang untuk apply untuk ijazah perubatan veterinar sehabisnya asasi di sana. hihi. umi aku kata, okay sebab aku pun minat dengan binatang.
plan B : kalau tak dapat asasi, masuk matrikulasi pun best jugak. struggle sungguh-sungguh kat sana, dan kalau dapat cemerlang matriks, apply ijazah perubatan USM pulak. haha. dekat dengan rumah aku. dapat la aku berangan-angan drive berulang-alik dari USM ke rumah aku. hihi. dapat balik tiap-tiap hujung minggu ;)

4 comments :

Addasyuhadadisini said...

all the best..rjin2 stdy in sya allah msti tercpai.. :)

nurains said...

masuk matrikulasi okay juga, tp kena struggle habis-habisan :) goodluck :)

Unknown said...

@NurainSuperr oh ye eh?? sy pun ada baca jugak kat blog2 lain..

tapi, ada jugak yg cakap okay..
matriks ni ala2 sekolah je.. tapi, lagi susah drpd sekolah.. memang kena struggle kuat giler..

hermm, kalau dah tak dak choice, matriks je la yg tinggal.. kalau boleh, tak nak masuk form6! ;)

noraqilahjohari said...

All the best dear :)

gudluck :)

http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/segmen-header-siapa-paling-awesome-part.html

mohon like sini ye :)
http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274?ref=hl