leave your comment(s) and click my nuffnang ads

27 January 2013

aku dan kereta.... seriously -.-


assalamualaikum wbt. 

satu berita baik untuk yang minat PARK YOO CHUN! huh? park yoo chun? siapa tu? park yoo chun tu apa? kepada sesiapa yang tak kenal park yoo chun, lebih baik anda skipkan je perenggan ni sebab dah terang lagi bersuluh berita ni langsung takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. cuma nak cakap drama I MISS YOU bakal ditayangkan kat tv9 hari isnin ni jam 9.30 pm. anda dipersilakan duduk di depan tv kat rumah masing-masing ye. terima kasih.

kembali ke topik asal.

aku berani cakap kat sini yang 80% daripada SPM leavers yang terlepas daripada plkn akan mendaftar masuk ke mana-mana sekolah memandu yang terdekat kan? aku pun termasuk dalam golongan 80% tu. tahun lepas *28th december , aku telah pun selamat mengikuti kursus KPP selama 5 jam. huhu, 5 jam yang amat menyeksakan. aircond dalam bilik tu memang sejuk yang amat-amat sejuk! (?)

minggu lepas, aku dah pun dapat menghabiskan masa 2 jam untuk latihan yang sepatutnya berjumlah 8 jam secara totalnya. dengan pendeknya, aku rumuskan, aku stress, tension giler dengan pakcik a.k.a cikgu memandu aku tu. haiya pakcik, cik adik sini baru je 3 kali pegang stereng kereta tu seumur hidup dia. takkan nak menyinga dah kut? sabar la.

masa bengkel 3 jam di litar sebelum dapat lesen L hari tu, hampir 2 jam 30 minit aku duk tunggu pakcik-serba-tak-kena tu. dia kata, dia keluar kejap pergi hantar pelajar-pelajarnya yang lain. lastly, 30 minit terakhir sebelum sesi aku berakhir, dia datang. and guess what, dalam masa 30 minit, dia dapat ajar 2 orang anak muridnya yang langsung tak tahu apa-apa pasal kereta ni cara-cara nak bagi kereta tu jalan ke hadapan. dalam masa sebanyak 15 minit secara puratanya, aku dapat la jugak akhirnya memandu kereta kancil pusing litar 3 or 4 kali pakai gear 2 tanpa tekan minyak langsung! haha. hebat kan pakcik ni menangguh-nangguhkan masa? dapat la dia jimatkan masa dia tapi bazirkan masa kami berdua ni. huh.

seminggu lepas tu, lesen L aku pun siap. so, maknanya sesi latihan 8 jam aku pun bermula. sebelum start tu, nervous giler. pengetahuan aku pasal kereta memang sifar, zero! tiba-tiba, dia suruh aku bawak kereta tu kat jalan. nasib baik, area sekolah tu jugak. jalan tu pun jalan kampung je. takdela sibuk sangat dengan kereta lain. cuma yang aku perasan, ada la jugak sebijik treler potong kereta kancil kecil molekku tu. ops, kereta cikgu aku. sepanjang perjalanan kami, penuh telinga aku dengar dia membebel. time aku nak buat u-turn, aku terlepas clutch cepat sangat menyebabkan enjin kereta mati kat tengah-tengah jalan. zup, berdesup dia marahkan aku. then, masa nak membelok kanan masuk pintu pagar sekolah memandu tu pulak, sekali lagi aku terlepas clutch. adeh, agaknya deria sentuh kat tapak kaki aku ni tak berfungsi kut. hisyh.

sabar je la, athirah! ada 3 per 4 jam lagi untuk aku berdepan muka pakcik-serba-tak-kena ni. kalau orang lain boleh je pandu kereta dengan mudah, kenapa bukan aku kan?
p/s : tengok muka pakcik tu pun rasa sakit hati. apatah lagi dengar dia membebel tak habis-habis atas kereta. huh. cikgu yang super garang!
lebih baik tengok muka park yoo chun daripada muka pak cik tu.





detektif han jung woo yang agak berperut buncit. haha, terperasan perut park yoo chun yang buncit tu dalam episod mana entah. nasib baik tv9 bermurah hati nak tayangkan drama ni. tak payah susah-susah tengok kat viki lagi! yeay, kamsahamnida tv9!

21 January 2013

konflik konflik konflik hidup

assalamualaikum wbt.

lepas solat subuh tadi, ringan je tangan aku onkan laptop, then google pasal program-program asasi IPTA yang wujud di Malaysia ni. 

nombor pin upu pun aku dah beli. tapi, aku sendiri masih lagi takut-takut nak isi apa dalam borang tu. sejak dua tiga  hari lepas lagi aku start google pasal kerjaya sebagai ahli farmasi dan ijazah perubatan veterinar. haha. perubatan vet? betoi ke tak hang ni?


pharmacist? yup, aku tertarik jugak untuk meletakkan asasi farmasi di UIA untuk first choice aku nanti. tapi, kadang-kadang terlintas pulak, boleh ke aku dapat asasi ni? ye la, sekarang ni bidang farmasi juga dah jadi setaraf dengan medic dan pergigian tu. bila kita sebut je medic, of coursela, mati-mati course tu susah nak dapat. medic ni awal-awal lagi aku reject daripada list aku. wahaha. jadi, kemungkinan besar (memang dah jadi pun) banyak persaingan untuk asasi farmasi ni.

aku ni, result spm pun tak dak nampak bayang lagi. sibuk-sibuk pulak aku ni duk berangan nak apply course yang best-best untuk upu. hurmm, dengar je perkataan 'result' spm, rasa lembik je kaki aku. nervous! aku sikit-sikit duk terbayang-bayang suasana hari result tu nanti. waaa, tak tahu la nak describe macam mana. haih, maybe takut sangat dengan result tu, sampai terbawa-bawa ke mimpi. dua malam lepas, aku termimpikan result aku. huh, nightmare betol!

orang-orang tua kata, kalau kita bukak cerita pasal mimpi kita tu, mimpi tu takkan jadi kenyataan. tapi, aku tak tau la sama ada mimpi aku tu boleh diklasifikasikan sebagai nightmare atau sweet dream. mimpi tu ala-ala 2in1 je. kedua-dua berita gembira dengan berita buruk dia masuk. tapi, mimpi tu kan mainan syaitan. 

aku banyak baca blog ni tadi, http://inikisahhidupsabrie.blogspot.com/
tuan blog ni sedang study farmasi at UIA. dari A-Z dia ceritakan. sejak dari zaman dia spm sehinggalah sekarang. banyak juga tips especially untuk mengisi UPU. hehe. menarik jugak rasa kalau pilih bidang farmasi ni. jumpa blog ni hasil daripada usaha gigih aku men'google'. wohoho!

this is another blog yang aku baca pagi tadi, http://akudramin.blogspot.com/
yang ni pulak, all about medic. rasa ter'semangat' la pulak baca blog ni walaupun tuan blog banyak ceritakan pasal the hard times of a doctor. tapi yang best, pasal ni,http://akudramin.blogspot.com/2011/01/saya-nak-kahwin-dengan-doktor.html , haha! 

aku ni pesen yang bersemangat-tibatiba bila cakap pasal medic. kalau dapat pergi hospital sekali sekala tu, memang semangat habis dengan harapan dapat jumpa doktor hensem! haha. maybe aku pernah bercita-cita untuk jadi doktor kut. dannnn, hehe, of course ada crush yang sedang study medic! waaaa, *malu! (dah jadi kecik)

masa ni, baru aku faham betapa payahnya nak pilih course apa yang kita minat dan yang paling penting, yang sesuai dengan keputusan spm tu nanti. dan, for sure, ni bukan masa macam kecik-kecik dulu. bila cikgu tanya, "nanti besar, nak jadi apa?" dengan bangganya seluruh kelas jawab, "nak jadi askar!" jawab tanpa pikir apa-apa.  


menjadi kepompong yang hodoh sebelum bertukar menjadi rama-rama yang indah!

17 January 2013

Contest Blog Paling Cantik 2013


assalamualaikum wbt..

saya join kontes ni! semua syarat telah hamba penuhi. mohon penyertaan ini diterima ye, saudari atikah sukri ;)


buat anda yang berminat, boleh klik pada gambar je. kontes berakhir 30 januari ni. jom join sekali.

p/s: kalau dapat 50 ringgit tu, dapat la aku beli stok novel untuk bulan ni, haha. dapat dua bijik novel lagi dengan duit sebanyak tu.

16 January 2013

trend untuk novel 2013

assalamualaikum wbt.

anda suka baca novel? suka? yesss, kita satu geng, haha! *lame

sejak lepas SPM, hampir tiga00 ringgit aku habiskan untuk novel.. huh, boros! tapi, bagi yang bergelar pembaca novel tegar tu memang normal la kan? tapi, sekarang ni aku dah pokai. duit yang aku sekian lama dikumpul daripada belanja sekolah tahun lepas habis dibelanjakan dalam masa sebulan je. 

bukan semua novel aku suka. aku hanya gilakan novel-novel bawah penerbitan jemari seni je. novel-novel Js memang menepati citarasa aku. mungkin terpengaruh dengan tagline Js, 'menerbitkan buku bersahsiah'. tapi memang betoi pun tagline tu. semua novel Js mampu membuatkan kita ketagih + kebanyakan jalan ceritanya yang tidak termasuk dalam kategori tipikal. tapi yang paling penting BERSAHSIAH.

okey, iklan JS dah habis. jom masuk ke topik utama. 

tahun lepas (disember 2012 lol) , aku ada beli sebuah novel karya Nasz! haha, i can see your over-excited face. Lazuardi. pasti ramai yang dah sinonim ngan novel ni kan? novel ini memang hebat. Dear Nasz, novel anda memang terBAIK! novel yang memang layak untuk gelaran BEST of the BEST. ops, teriklankan novel Js pulak.

tapi, perkara yang paling menarik pasal novel ni adalah, watak 'hero'nya yang lebih muda berbanding 'heroin'nya. yup, perkara macam ni memang jarang dijumpai dalam mana-mana novel. but, Nasz berjaya createkan sebuah jalan cerita yang bagus dengannya. walaupun lelaki tu lebih muda daripada karakter heroinnya, tapi sikapnya jauh lebih matang. jalan cerita ni memang dapat membuatkan kita (hanya kepada wanita dan gadis sahaja) berangan-angan untuk jumpa dengan jodoh yang sebaik, seromantik dan se'sweet' Shark tu, haha. novel Nasz yang ni memang aku suka lebih jika dibandingkan karya-karyanya yang lain. tapi, sweet sour dan karamel tu pun best jugak. berbaloi kalau anda baca ;)

selain Lazuardi ni, ada satu lagi novel Js yang turut memaparkan karakter heronya yang lebih muda daripada heroinnya. Ketuk Pintu Hati Dia karya Ana Farhana. mungkin dari aspek karakter utama yang agak sama dengan Lazuardi, namun jalan cerita novel ni pun best. lain daripada novel-novel tipikal yang berlambak kat luar sana tu. novel ni pun boleh jugak dikategorikan sebagai novel luar alam. e-key yang jauh lebih matang daripada huda.



demikianlah rupa sebenar novel-novel yang aku duk promote kat atas. berbaloi baloi kalau beli.

berdasarkan novel kat atas ni, aku dah boleh buat satu ramalan. cehhh, macam tukang tilik nasib pulak. ramalan aku adalah, akan ada banyak novel-novel baru tahun ni (2013) yang menggunakan konsep macam novel kat atas. watak lelaki yang jatuh cinta dengan perempuan yang lebih dewasa berbandingnya. kalau difikir-fikirkan, okey jugak. takdela asyik-asyik duk baca novel yang hampir-hampir sama jalan ceritanya. tapi, aku sendiri tak tahu pulak kut-kut sebelum ni dah ada novel yang macam ni.

p/s : ajal jodoh semua di tangan tuhan. ya Allah, kurniakanlah aku jodoh yang baik, beriman serta mampu untuk membimbingku ke jalanMu. Amin. sama-samalah kita berdoa ye. hehe ;)

babai 

14 January 2013

saya bebas daripada SPM !

assalamualaikum wbt.

finally, i'm back! tapi, completely in a different situation. dalam post lepas, aku masih lagi duk nervous untuk spm dan SEKARANG aku nervous untuk resultnya pulak. non stop nervousness in our lifetime, haha!

kadangkala timbul jugak jealous bila tengok 'budakbudak' pergi sekolah tiap-tiap pagi. hemmm, hidup sebagai seorang pelajar sekolah memang best walaupun kadang-kadang rasa terkongkong. but, its tooo late for me to rasa menyesal kenapa aku malas study tahun lepas, malas nak pergi sekolah, malas nak siapkan homework bla bla. TOO late, babe! all that i can do now is TAWAKKAL to Allah! moga-moga aku dimurahkan rezeki untuk mendapat keputusan cemerlang dalam spm ni, Amin! 




hoho, kenangan di zaman comot beruniform sekolah! 

sekarang aku banyak habiskan masa dengan tv, novel, komik, and internet! oh, heaven. semua benda ni dah jadi 'halal' bagi aku sejak diharamkan tahun lepas. tapi,tang tv dan internet tuu aku selalu je langgar hukum hakam buatan sendiri ni. prinsip aku sekarang, satu malam satu novel. memang menepati dengan konsep segalagalanya1Malaysia sekarang ni ;) segala macam novel aku bantai. novel-novel yang selama ni aku tak pandang kini aku peluk tiap-tiap malam, haha. 

okay, its almost 12.30 pm now. gottago. mandi pun belum ;)

p/s : header tu tak nak tukar lagi sebab saya bangga menjadi salah seorang calon spm 2012