leave your comment(s) and click my nuffnang ads

25 March 2013

Manusia yang tak pernah bersyukur


assalamualaikum wbt.

  •   sebelum SPM, berdoa kepada Allah swt mintak dipermudahkan untuk jawab soalan
  •   selepas SPM, berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan keputusan yang cemerlang
  •   bila tak dapat straight As or capai target, ADAKAH KITA MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH KEPADA-NYA?
mungkin ada segelintir daripada kita yang lupa. lupa bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya. lupa bahawa Allah swt telah merancang segalanya untuk kita.



janganlah kita berputus harapan bila tak dapat keputusan yang baik. berapa A SPM tu tak penting. yang paling penting, ilmu yang kita dapat sepanjang 11 TAHUN kita belajar di sekolah.
p/s : result aku cukup-cukup makan je untuk apply PILN. haha. doakan supaya dipermudahkan permohonan aku tu yer? erk, actually, tak isi pun lagi ;)

18 March 2013

my jpj's driving test!


assalamualaikum wbt

setelah berhempas pulas berpenat lelah belajar kereta hampir tiga bulan, akhirnya tibalah masanya untuk 'kemahiran' memandu aku diuji. HOHO! 


gambar daripada google
bahagian bukit adalah perkara pertama yang diuji. aku agak tidak bernasib baik bila dapat kereta yang meter minyaknya rosak. jarum meter tu asyik duk goyang-goyang walaupun sebelum aku mula naik bukit lagi. naik je bukit, aku tawakkal je tekan minyak sebelum lepaskan handbrake tu. bila dah rasa cukup kuat, vroooom, nasib baik kereta berjaya turun dengan cemerlangnya. haha!

gambar daripada google
parking di sekolah tempat aku belajar tu tak de pun tiang-ting macam ni. so, sendiri tengok la kut-kut bumper kereta dah melepasi line putih tu. masa aku buat parking, jpj tu tak tengok pun. bila dah siap, cepat-cepat dia suruh aku keluar. hehe. kiranya okei la tu kut.

ihsan daripada google lagi
bahagian tiga penjuru lah bahagian yang paling aku benci. masa belajar, memang aku sendiri tak puas hati. kadang-kadang je aku dapat buat bahagian ni dengan jayanya. masa test, nasib baik sekali lagi, jpj tu sibuk duk tengok calon lain di bahagian side-parking tu. haha. laju-laju aku keluar daripada petak tiga penjuru ni sebelum dia perasan bahawa bumper depan dah baham line putih tu masa aku reversekan kereta. bumper je pun, bukan tayar la! ;)

ambik je borang untuk bahagian 2 ni, alhamdulillah lulus! tapi, hati mula rasa takut untuk bahagian 3 pulak.

punya la lama kena tunggu turn untuk bahagian 3 tu. hampir 3.30 petang baru sampai giliran aku. berbaloi jugak tunggu lama-lama bila aku dapat kereta kancil dan pegawai jpj lelaki. seriously aku tak nak kereta viva sebab aku langsung tak pernah drive viva sebelum ni. kancil je la yang menjadi teman suka duka aku selama belajar kereta ni. haha.


mak aihh, tubuh dah jadi macam kayu bila drive tepi pakcik tu. pakcik tu pulak asyik duk komen penukaran gear yang tak seberapa tepat aku tu. dalam hati, hanya tuhan je yang tahu =.=

nasib baik (untuk kali yang keberapa da), pakcik tu suruh aku drive kejap je ;)

sebelum turun kereta, sign borang dan ucapkan terima kasih atas ke'baik'kan pakcik tu. eh, mesti la baik sebab dia bagi aku LULUS walaupun dia kuat membebel masa di jalanraya tadi! haha.


maka tamatlah riwayat lesen Lembu aku tu. wahahaha. babai!


09 March 2013

Segmen : My Best K-Drama by Aziera


assalamualaikum wbt.

oit oit, join segmen lagi. hehe. dah lama teringin nak join segmen pasal k-drama, kpop dan segala perkataan yang ada huruf k di depannya ;)


//klik banner cute di atas untuk join. 

drama yang saya pilih sebagai my best k-drama ever ialah drama ROOFTOP PRINCE! err, drama ni tak menyebabkan saya keluar air mata darah, tapi menyebabkan saya gelak macam orang gila.


drama ni mengisahkan seorang putera mahkota dari era joseon tersesat dalam dunia moden semasa dia cuba merungkai misteri pembunuhan puteri mahkotanya. pffftt. *ketidaklogikan disini :)

kenapa saya minat sangat dengan drama PUTERA ATAP ni ?
  • fakta pertama : sebab PARK YOO CHUN yang jadi watak utamanya!
  • fakta kedua : sebab PARK YOO CHUN yang jadi watak utamanya!
  • fakta ketiga : sebab PARK YOO CHUN yang jadi watak utamanya!

dan, memandangkan saya  dah tak tahu nak tulis apa, saya letak gambar pinjam banyak-banyak boleh? hihi


part paling sedih dalam drama ni



wahahaha. yang ni memang sengal!



ending yang agak pelik. lama jugak nak paham ending drama ni. haha. lembab!



terima kasih sudi singgah ;)


p/s : reaksi aku bila dimarahi cikgu memandu kat sebelah. wahahaha

05 March 2013

Jom Tukar Link


assalamualaikum  wbt.


jom join! klik banner untuk ke blog penganjur ;)



04 March 2013

SEGMEN REVIEW BLOG SAYA BY ZYRA POTPET


assalamualaikum wbt


saya join segmen ni. berminat nak join? klik banner. 

p/s : eh, kalau dah baca entri ni, jom la join sekali ;)