leave your comment(s) and click my nuffnang ads

28 August 2014

Hi, Degree Life!


assalamualaikum wbt


berat rasa hati untuk mengemas baju semua tu. 

tabahkan hati, rajinkan diri dan terus bergerak ke hadapan :D

lagipun bukannya tempat asing pun. u piey em tu jugak yang bakal jadi rumah kedua aku for the next 4 years. lagipun, situ kan jugak tempat aku menghabiskan setahun asasi. haha. 

setelah hampir 4bulan bercuti, kini dah tiba masa untuk aku masuk ke dunia baru. dunia pelajar degree. yeah! please be nice to me anyway. hahaha

cuak kut tambahan pulak course aku ni semuanya mengenai fizik. hoho

so, anyone yang tahu pasal major sains instrumentasi? 

walaupun tu first choice aku masa isi borang kemasukan degree, tapi sejujurnya aku masih lagi cuak gila nak belajar benda ni. huhu

wish me luck then! semoga aku akan survive dengan jayanya dalam course ini. yeah. go, athirah!

p/s : dan semoga quote atas tu pun akan bagi inspirasi untuk aku ;) 

Otaku in The Making..


assalamualaikum wbt.

Otaku is extremely negative in meaning as it is used to refer to someone who stays at home all the time and doesn't have a life (no social life, no love life, etc) 

tu adalah maksud sebenar otaku. dan otaku ni pun ada banyak jenisnya. jenis yang paling common, manga otaku dan anime otaku. game otaku, idol otaku dan banyaakkkk lagiiii. takkan la nak list semua kannn? hahaha

oh, sebenarnya topik utama bukannya nak listkan jenis-jenis otaku tu semua. tapi tu hanya sebagai mukaddimahnya. hehe. sekarang ni dah tak berapa reti macam mana nak buat opening tulis entry (bunyik macam buat karangan SPM hoho).

tapi, tujuan utama entry ni adalah untuk membicarakan anime-anime best yang wujud atas dunia ni. hahaha. and yess! aku ni peminat anime, tapi belum sampai tahap otaku. takdenye minatkan anime gila-gila sampaikan duduk terkurung ja dalam rumah. banyak lagi benda menarik kat atas muka bumi ni :D

ni dah sampai tahap kritikal punya otaku nihh!!!

dan, sebagai seorang perempuan (ehemm, a long wayyy to go for wanita eceeehhhh) , semestinya genre favourite aku adalah shoujo. yeay!!!! shoujo manga is the best! shoujo anime is the best! yeahhhh... anyone yang minat shoujo?

aku pun sebenarnya baru je terjebak dalam dunia 'khayalan' ni semua. disebabkan dah terlalu bosan menghabiskan beras dirumah selama hampir 4 bulan ni, akhirnya aku mengambil keputusan untuk terjerumus ke dunia anime dan manga ni.

the very first anime yang aku tengok adalah KAICHOU WA MAID SAMA
seriously best kut. dan Usui Takumi tu adalah sangat hensem. hahaha (okei, masuk part ni, memang dah jadi gila aku ni). walaupun tu anime first (tak termasuk Doraemon, Shin Chan dan Chibi Maruka-chan) yang aku tengok, pergh, memang totally in love dengan Usui. kyaaaa (mohon muntah dengan adegan yang terlebih girly ni. maaf)



memang masa ni, aku dah gila-gilakan si usui tu sampaikan profile picture facebook pun pakai gambar si usui. hahaha. hensemmm!!!

selepas kenal kaichou wa maid sama ni, aku pun tetiba tertarik untuk menge'like' page Manga Fox difacebook. selalu je kalau online facebook, ada kawan aku yang kaki like post-post Manga Fox ni. so, aku pun mula la menggodek manga dan anime apa lagi yang best. hoho. semangat aihh masa ni.

so, the next is DENGEKI DAISY. haha. yang ni aku baca manga. animenya tak dak. 


jalan ceritanya pun best. setia aku baca sampai berpuluh-puluh chapternya tu. haih. but still, kan best kalau ada anime. huwaaaaa... i need the anime!!!

ops, dan SEKALI lagi, profile picture facebook aku bertukar. dari si Usui ke si Takeru ni pulak. hoho



dengan bermulanya perkenalan aku dengan Manga Fox ni, memang giat la aku mencari manga-manga yang best. 

selain daripada anime dan manga ni, aku pun terjerumus jugak untuk versi live action kepada anime-anime dan manga-manga yang ada tu. hoho.

first live action adapted from manga yang aku tengok adalah koukou debut ataupun HIGHSCHOOL DEBUT
best kut! si junpei pun hensem je aku menengoknya. haha (aku dah start tergila-gilakan lelaki jepun)

next live action yang aku minat, KIMI NI TODOKE
Haruma Miura kut yang berlakonnya. perghhhh



kyaaa. sangat comel. suka dengan pelakon perempuan tu. sebab sebelum aku tengok movie ni, aku pernah tengok drama YAMADA TAROU MONOGATARI. haha

next manga dan anime yang best pernah aku baca dan tengok adalah SUKITTE II NA YO



dan, live action Sukitte Ii Na Yo ni pun terSANGATla best. hoho. tapi, baru je release. hanya mampu tengok trailer berulang-ulang kali je la. huhu

kyaaa. kawaiii desu. Yamato x Mei Tachibana


okei. dah terpanjang dah entry ni. yang daripada pasal otaku dah jadi sharing pasal anime manga jepun dah. hehe. tapi aku sukaaa.. 

next entry kalo rajin, aku akan buat recommended shoujo manga and anime pulak. letih la nak sumbat semua dalam satu entry kan? hihi. banyak lagi yang nak di'sharing'kan ni! terlebih excited pulakkk.

dan kalau ada any interesting mangas dan animes yang nak suggest, sangatlaa dialu-alukan. hehe. aku ni memang tak sedar diri. padahal next week dah nak naik degree dah. huwaaa andwaeyo!!!!

p/s : till we meet again in u piey em! hoho


07 August 2014

Segment Blogwalking Ogos by Karya Mahirah


assalamualaikum wbt



ni adalah segmen first yang dijoin untuk tahun ni. wohoho. dan tengoklaa. ni pun entry kedua untuk tahun ni. bajet busy tak menyempat-nyempat je gayonyo. huh

mmehlah kita pakat klik banner di atas tu ye. hehehe. tak rugi tauuu join. ada hadiah lagi.


p/s: boleh pulak lupa camna nk directkan link pada gambar. heh. betapa lamanyaaa tak jenguk blog sekarang niii. haihh. 

dan kenapa pulak cbox tu jadik camtu?


19 May 2014

#hambar

assalamualaikum wbt

post ni dikira post pertama kut untuk tahun 2014 ni. wohoho. 

tetiba malam ni teringin nak menjenguk blog yang sekian lama terpinggir ni. ololo ciannya. habih berdebu kotor semua. erm dan yang paling penting, aku nak minta maaf sesangat kepada sesiapa yang ada meninggalkan komen di post 'belajar di oversea, pros or cons' tu. seriously. komen tu sejak dari disember tahun lepas tak direply dan tak ditengok langsung. huhu. so, sekarang, 2 komen tu pun dah berjaya dijawab dengan jaya dan panjang lebarnya. ngehngeh. semoga berjaya dan panjang lebar di ruangan komen tersebut. heee

setelah setahun mengharungi penat lelah menuntut ilmu di UPM sebagai seorang pelajar Asasi Sains Pertanian, aku akhirnya kini berjaya bergelar bekas pelajar asper. hoho bunyik macam dah dapat ijazah. haktuiiih perasannye ko. 

ummm rasanya tu je la kot.tak dak point lorr.. 

#hambar puiiiii