leave your comment(s) and click my nuffnang ads

21 April 2013

belajar di oversea. pros or cons?


assalamualaikum wbt.

kalau ditanya kepada semua lepasan-lepasan SPM tahun lepas, mesti hampir 70% jawab berminat untuk sambung belajar di oversea kan? 

masa aku di PUTIK minggu lepas untuk majlis penganugerahan pelajar cemerlang (literallynya ambik duit RM500 sumbangan kerajaan negeri la hehe) , ada makcik yang duduk belakang aku berbual dengan kawan dia kut.

mak cik A : anak dapat berapa A?
mak cik B : 9A. anak awak pulak?
makcik A : 10A. pasni nak pergi sambung belajar kat mana pulak?
makcik B : oh, dia apply mara medic ireland.
makcik A : anak kita dentistry jordan kut. entah la dia. kita ni mana la tahu.

perbualan di atas antara contoh terdekat bagi topik kat atas tu. kebanyakan high scorer spm pilih course medic or dentistry. tu daripada pemerhatian aku je. hehe. dan yang paling penting, semuanya bawah program ijazah luar negara (PILN).

pelajar yang berpeluang ke luar negara ni selalunya dipandang tinggi oleh masyarakat terutamanya di kampung-kampung. macam kes aku ni. ramai je orang sini yang aku tahu sambung belajar di oversea. ada yang medic mesir. ada yang sains aktuari di us. ada juga dentist ireland. hehe.


tentunya persaingan la halangan utama kalau kita apply program-program PILN ni. tambahan pula, ramai orang pandai akhir-akhir ni. tengok la result SPM 2012 tu.hampir 15000++ yang dapat straight As. tu yang straight As kalau yang masuk kategori 'near miss' tu? LAGI RAMAI! (err. terasa la hihi)

ada jugak yang aku baca di blog-blog yang mengatakan kalau course medic, better di malaysia sendiri sebab kita akan lebih familiar dengan sistem hospital-hospital tempatan. tapi, tu yang medic la. 

malah, ada jugak yang kata, better belajar di malaysia sebab environmentnya yang stabil dan aman. kiranya dapat belajar dalam suasana yang baik la. 

tapi ada jugak kelebihan kalau kita belajar di oversea. pertama, pengalaman. orang yang belajar di oversea ni tentunya mempunyai pengalaman yang lebih luas skopnya. cehhh. 

kedua, kelebihan bahasa asing. ini terutamanya bagi yang belajar di negara-negara yang 100% silibusnya dalam bahasa tempatan. macam korea selatan, jepun, perancis or jerman. kakak aku sendiri kata, masa kerja nanti, bolehla apply untuk jadi translator. tak semestinya ambil course engineering kerja pun engineer. tapi, ni mungkin untuk pelajar bawah jpa or mara sahaja. sebab selalunya yang bawah syarikat seperti petronas, sime darby dan lain-lain, kita akan terikat dengan syarat perjanjian tajaan tu kan? mestilah kita diwajibkan berkhidmat dengan mereka untuk beberapa tahun. 


ada senior aku yang baru je fly ke jepun bulan lepas kata makanan harian mereka di jepun, telur dan ikan je. haha. confirm rindukan masakan malaysia kan?

bagi aku, kalau kita ada minat yang tinggi, everything's gonna be alright kut. aku sendiri apply program kejuruteraan korea for both mara and jpa. hehe. kenapa aku pilih korea? entah. habis la aku kalau tergagap-gagap nak jawab soalan macam ni jika disoal masa interview jpa tu nanti. takkan nak jawab macam ni kut,
err sorry sir. i'll try to ask myself why i choose korea after this.
haha. terus interviewer tu pangkah! out of the list! sebab tak dak self-confidence nak jawab soalan mudah.

err sebenarnya aku tak nak meletakkan sepenuh harapan untuk program nih. especially bila lepas buat ujian kelayakan mara tu. dengan soalan yang entah apa-apa, dengan diri ini yang tak seberapa hebat macam orang lain. jadi, bila ada orang yang tanya lepas ni nak belajar kat mana pulak? i'll just answer, tunggu keputusan upu, berharap sangat kalau dapat asasi sains uitm ataupun asasi sains pertanian upm. in sha Allah kalau ada rezeki.

dapat interview untuk mara dan jpa pun dah cukup bersyukur hehe.

doakan dan lets wish me good luck di bawah ye ;)

dream

21 comments :

Shakirah said...

wow nice ^^ saya pun nk sambung medic or dentistry jordan ^^

Unknown said...

@ Shakirah Rosli wow medic.. bestnya. good luck tau ;)

Unknown said...

Good Luck! Education is the passport to future!:D Hehe

Amalina Azraie said...

sambung oversea? waa.. bestnya.. jelous nih! apa2 pun gudluck :)

Unknown said...

@ Alien Ohsem yup betul.. tak kira la nak kerja apa2 pun, ilmu pun kena ada. so, education is the passport tu future! ;)

Unknown said...

@ Amalina Azraie eh, belum lagi la. hehe baru je masuk fasa interview, jauh perjalanan lagii!!! tak perlu jealous2, semua org ada rezekinya masing2.. hehe manala tau awak pun dapat peluang macam ni ;)

Unknown said...

kita doakan adik berjaya la ke sana..best apa blajar oversea..hehe..pengalaman rasanya pun lg banyak dr sgi bahasa tu untung sbb dpat belajar bahasa diaorg alang2 dah ke luar kan..hehe..n sambil2 tu boleh travel.. :)

Lieza Nordin said...

hehehe... saya xleh smbg jauh2.. homesickness!! parah sikit... ehheheh xD

Unknown said...

kenapa plih antara foudation kat upm atau uitm..boleh bg reason,please........... @,@

Unknown said...

@ fyzah ahmad sy pilih foundation d uitm o upm sb sy minat kut. erk, menepati piawaian soalan ke ni??

sebenarnya, kalau sy dpt yg asasi sains uitm, sy teringin nk sambung degree di usm. lgpun, uitm kita dpt keluar masa sambung degree kan?? dan sy minat utk bidang farmasi.

dan bg kes upm, sy berminat utk sambung bachelor in perubatan veterinar. hehe.

so, dua2 uni ni adalah plan2 sy utk masa depan. ala2 plan a dan plan b la. :)

muhaiminulhakim said...

dah tengok dah blog ni. apply for korea? good luck then. hope to see you here!

p/s: tak sangka blog yang tak berapa nak bagus ni dkt bahagian adore.
hehe

Anyyss Shuhaimi said...

tadi taip2 kat google, menjelma link blog ni. saya dapat tawaran dari mara untuk sambung master taught course di uk dan tawaran master/phd di kyushu university. tak tau nak pilih mana. huhu T.T

Amirul Ashraf said...

Saya baca beberapa post dan tertanya-tanya. Saya pelajar Form 5 mengambil SPM Tahun 2014 ingin tahu 1.selepas SPM, terus terima tawaran untuk belajarkah?
2.semasa memohon biasiswa, apa pilihan yang ada(kejuruteraan, kedoktoran) apa lagi yang ada, ini sahajakah?
Hope you can enlighten me with your opinions. Thanks a bunch.

Unknown said...

Saya minat nak belajar kat korea...minat sangat..tapi x thulah bleh mohon ke x sebab saya amik aliran akaun..setahu saya kalau hendak mohon belajar di korea cuma boleh engineer..betul ke??

Unknown said...

@amirul ashraf maaf diatas kelewatan membalas komen di sini :)

lepas dapat result tu, selalunya upu bagi peluang untuk kemaskini. selalunya area bulan may, segala keputusan mengenai upu dan juga matrikulasi akan diumumkan. tarikh pendaftaran pulak bergantung kpd institusi masing2.

oh. bukan kedoktoran ngan engineering je ada. bnyak lagi bidang ditawarkan. sbg contoh, bila apply mara, banyaakkkkk sangat course2 lain yg mara sediakan. tak kira untuk program dalam atau luar negara. tp biasalah, doktor ngan engineer ni popular sgt dlm kalangan masyarakat... hehe

good luck for spm :) do the best.

Unknown said...

@kim fani

ambik akaun? ooo.. mesti dapat result hebat ni dlm p.akaun. heheh

umm kalau jpa, diorang ada buat program tajaan pengajian utk negara jerman perancis jepun dan korea. tp tu semua untuk program engineering je.

mara banyak sikit pilihannya. tp xpasti samada program perakaunan tu ada ke tak di korea. huhu. sorry xdapat membantu. cuba cari senarai program tajaan luar negara mara. tp kebanyakkannya korea ni program kejuruteraan ngan teknikal je :')

syarifah syazwani said...

hai athirah . awk dpat tak p korea tuh ? kalo dpt pm sy pls . tengkiu .

Unknown said...

@syarifah syazwani heee sy xdapat korea tp dapat kursus kejuruteraan di jerman bawah mara. but lastly, saya tercampak di upm. hehehe..

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya nak Tanya.. Klu pelajar aliran akaun boleh x ambil course engineering?

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya nak tanye.. Klu pelajar aliran akaun, boleh x ambil course engineering.. Saya minat Sgt nak sambung belajar Kat Korea...

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya nak tanye.. Klu pelajar aliran akaun, boleh x ambil course engineering.. Saya minat Sgt nak sambung belajar Kat Korea...