assalamualaikum wbt
Asasi Sains Pertanian (disebut ASPER) adalah satu-satunya program asasi yang ditawarkan di UPM. wujudnya perkataan PERTANIAN tu bukan bermaksud korang wajib sambung degree dalam bidang pertanian je. malah, korang boleh pilih untuk masuk mana-mana bidang ( kursus ) yang ditawarkan UPM untuk degree seterusnya. ngehngeh, menarik tak??
ASPER adalah terbahagi kepada dua. satu, streamers iaitu aliran perdana yang terdiri dari yang masuk pada bulan Mei yakni yang masuk pakai result SPM. kedua, trackers atau aliran pantas iaitu pelajar yang masuk bulan Januari menggunakan result trial SPM. memang pantas sebab diorang akan belajar selama 8 bulan je (kalau tak silap) sebelum masuk ke degree pada September tahun yang sama. manakala streamers pulak akan belajar selama setahun sebelum ke degree pada tahun berikutnya.
satu kelebihan yang paling besar bagi pelajar lepasan ASPER ni adalah mereka akan diberi kelebihan untuk kemasukan degree nanti. maknanya, tempat korang dah sememangnya ditempah di UPM untuk degree kelak. tidak perlu untuk compete dengan pelajar-pelajar matrikulasi, STPM, dan pelajar-pelajar asasi UiTM yang memohon UPM melalui UPU untuk degree. once masuk asper, degree korang pun akan disambung di UPM jugak. haaa. senang kerja. tak payah susah-susah isi upu untuk degree pulak.
kalau tengok nama pun ada pertanian, maknanya silibus pun akan ada subjek Pertanian. tapi, nama lagi asasi. so, belajar pun basic pertanian jugak. tapi, kami bukan semata-matanya based on pertanian je, biology, chemistry, physics dan juga matematik pun termasuk silibus jugak. so, pelajar asper akan mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan juga pertanian.
yang menarik mengenai subjek pertanian adalah, pembelajaran bukanlah tertumpu dalam kelas sahaja, tetapi juga dalam amali. hahaha. maknanya, korang bakal menghadapi amali pertanian sekali seminggu sepanjang semester. tapi, kejap! jangan merungut sebab letih. seriously enjoy weh gi ladang!!! ( tak termasuk minggu aku jadi extra malas untuk ladang lalu ponteng la jawabnya haha )
p/s : banyak jugak minggu aku ponteng. rugi ah jugak bila diingatkan balik :P
UPM memang terkenal sebagai universiti penyelidikan terutamanya bidang pertanian. jadi, pelbagai jenis ladang tersedia haaa di sekeliling kawasan UPM. dari ladang lembu hingga ke rusa. dari ladang sayuran hingga ke buahan. dari unit padi hingga ke unit herba. dari unit turf hingga ke unit tanaman minuman. hahaha. namakan je, inshaAllah semua adaaaa! semua korang bakal merasa bila masuk ASPER. amali di ladang, amali di pasar tani ( yang ni serious best tapi untuk sem 3 ) dan juga lawatan ke kilang makanan. hahaha. mohon lepasan SPM yang tengah sibuk isi UPU tu ubah ye pilihan. masukkan ASPER sebagai first choice anda!
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisOWRu6zi96_jKAaL6YeW8BmG6RWEAoCtkQ3huLdRi7p7plFVxawbD1pX5gmQ8ddQmCNu4pT4nPH23usr9PDmqGNv7xAYwpQrmS06LuHm2M-pUXnWyC9fLRQVCi-O35jklxDA5goPaAPQ/s1600/20130711_153402.jpg) |
Padang Golf UPM semasa lawatan di unit turf. lembut rumputnya. rasa nak golek-golek je atas rumput tu. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOQ_C1GedLy4Lb8KEeUS8j9_JZvJyK-0jcYqMZu6l0DOb-8W-zlVnmdjoEvTa_vAFCkYk9SevHrKWxPtiMEtA2-hAq_mUy163kxWKlqm9oDIbtqrkqfkQXMLo9IavFQfJHuekvqqOPqgA/s1600/20130725_153841.jpg) |
haiiii. usap la saya. saya wangiiiiiii |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWEoT-az5Ewb4HAteEeB1UaQ3-oaPQFJea_5QEbJEmkPBHo761u0F5oeLmTNQRKX3JU5kg1Ls6P7GOjlqZuN0VtnLJsW3oSlOMVIRNCryru4O8PUdRCuoyd1Ug0SZ2faxCGFOWfsEBKYs/s1600/20130725_155106.jpg) |
banyakkk kambing comel-comel. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUpDEu_W3B3aLQ2TQ4ZkK_G9AP8pq94UkatMopt8hIKn8Dgh8JrdAz7WNmpacTtNubBOJ-JrRnn31noKqaVthZLBbLzql4_MwXxsY7FpbkOJmOiHpXbSUgDX0VWfiBmGDmW88Fwe3VZ8U/s1600/20130725_153824.jpg) |
peluk anak kambing. serious comel sangatttt |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkS13K7qfrrtBNoP8Ykx4PVZip_ZeVczpneWM5k0apQ20fE0kfJar7R1V6h-k23xS3CNWLCXbHcrdjW7zTZJFraAFC50jz7niwgJ0BOo5jFWg2FAvNDYHgj7ohJABvO3zOkFE_Q3r1Rt4/s1600/20130725_161350.jpg) |
ke ladang lembu jommmm |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmgiBp43mQF1zH_QdRFy6rjArAERkMEnhqLxgsTbKZamuyz8cq5jAikMOyeOza33pQtglKJ7bEuTCLXLwmlXergJ0FOZk3zGKMEO2eSoEzJbNJYtKaJ4y2nq55eLWi1zogeNJeJR44OGk/s1600/20130830_080940.jpg) |
anak pokok yang baru semai ni pun comel hahaha |
haa tu part ladang. seronok tak? untuk gambar lebih, masuklah ASPER kehkeh
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMaD3yvHr25GWeyIzI47cH6v0u8IvrKDhbo7o0Fn08eK5nM9mX1xO3wGYynWeGefcSgh40ntC_isbUsmX1jbjl66vmMEzkXPNiTPvqCs7HEPJP_3142EINjhNQypYRmBNJhMTV1orGUtE/s1600/20130906_173044.jpg) |
sesungguhnya air tasik ni amat penting |
yang gambar tasik kat atas ni adalah salah satu tasik yang ada di Bukit Ekspo UPM. haa ni ssalah satu tempat best untuk riadah waktu petang. lokasi dia adalah berhadapan Kolej 13. Kolej 13 ni adalah kolej terpenting untuk pelajar asasi. mostly pelajar asasi akan tinggal di kolej ini. kes berkecuali adalah apabila kemasukan pelajar baru asasi terlalu ramai hingga melimpah ke kolej-kolej berdekatan. haha. ikut nasib.
sistem pembelajaran ASPER adalah mengikut sistem tiga semester setahun. cuti agak sikit. belajar banyak sikit. tapi jangan risau. ramai je yang berjaya survive. haha. mula-mula tu jealous kut bila tengok kawan-kawan aku budak matrik cuti lagi panjang dari kitorang. tapi lama-lama okay je. lek-lek je belajar haha
okay. ni adalah secara ringkasnya. for more informations, click
ah rindunya asasi. degree macam hurmmmmmmmm
- sesungguhnya ni bukan entry berbayar. haha