assalamualaikum wbt.
- sebelum SPM, berdoa kepada Allah swt mintak dipermudahkan untuk jawab soalan
- selepas SPM, berdoa kepada Allah swt agar dikurniakan keputusan yang cemerlang
- bila tak dapat straight As or capai target, ADAKAH KITA MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH KEPADA-NYA?
mungkin ada segelintir daripada kita yang lupa. lupa bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya. lupa bahawa Allah swt telah merancang segalanya untuk kita.
janganlah kita berputus harapan bila tak dapat keputusan yang baik. berapa A SPM tu tak penting. yang paling penting, ilmu yang kita dapat sepanjang 11 TAHUN kita belajar di sekolah.
p/s : result aku cukup-cukup makan je untuk apply PILN. haha. doakan supaya dipermudahkan permohonan aku tu yer? erk, actually, tak isi pun lagi ;)